Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’azam Syah Ibnu Al-Marhum Sultan Badlisyah melahirkan kerisauan baginda terhadap umat Islam yang berpecah dan berbalah sama sendiri ketika merasmikanBaginda bertitah, cukuplah umat Islam berbalah dan berpecah kerana isu dan fahaman politik. Tidak perlu berpecah lagi kerana fahaman agama yang berbeza Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman.Baginda meminta Majlis Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Mufti dan seluruh agensi agama memberi perhatian dan sentiasa memantau agar ajaran-ajan yang bercanggah dengan akidah Ahlusunnah tidak disebarkan di negeri Kedah ini.“Semua agensi agama perlu mengenal pasti imam-imam, guru-guru agama, guru-guru tahmir, guru KAFA dan pendakwah yang giat di negeri ini hendaklah jangan sekali-kali terlibat sekiranya ada hendaklah diambil tindakan ke atas mereka,“Beta amat berharap agar segala keputusan fatwa dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dipatuhi sepenuhnya oleh semua rakyat beta di negeri Kedah Darul Aman ini,” titah baginda.Islam agama bersifat universal di mana ajarannya yang suci tidak dikhususkan untuk bangsa tertentu sahaja sepertimana yang berlaku pada umat sebelum kemunculan Islam. Islam itu agama persaudaraan yang diikat melalui akidah yang satu, iaitu kepercayaan kepada Allah dan RasulNya serta seluruh intipati ajaran Islam itu sendiri.“Perpecahan yang berlaku di negara-negara luar seperti Iraq, Pakistan, India dan beberapa negara yang mengalami krisis kehancuran sewajibnya menjadi pengajaran kepada kita. Sehingga kini kita dapat lihat Baghdad masih bermandikan darah kerana tiadanya persefahaman di antara penduduk Sunni, Syiah serta Kurdish di Iraq,” titah baginda.Lantaran itu, umat Islam terpaksa menghadapi dua jenis musuh, iaitu musuh luaran iaitu golongan kuffar, dan musuh dalaman iaitu golongan yang tidak beramal dengan Ahlussunnah Wal jamaah.Baginda menyatakan bahawa musuh tidak terhad dari luar Islam sahaja, malah ada juga dari kalangan umat Islam sendiri yang bersifat munafik yang mencipta pandangan, bersandiwara dan bertopengkan agama demi memuaskan kepentingan diri sendiri.Selain itu Tuanku Sultan Kedah mengakui tahap pendidikan umat Islam di Nusantara masih kelihatan cetek. Jikalau perpecahan terjadi di kalangan mereka, musuh Islam dengan mudah dapat menembusi ikatan akidah yang terbina melalui amalan yang dipelajari di sekolah, maktab atau pondok yang melalui asuhan persaudaraan dan kekeluargaan. Baginda bertitah di hadapan lebih 1000 guru-guru agama, pegawai-pegawai masjid serta pendakwah-pendakwah.Menuut baginda lagi, fahaman yang tidak selari dengan prinsip-prinsip ajaran Quran dan sunnah Nabi sangat berbahaya kerana boleh memecah-belahkan umat di samping menyelewengkan akidah umat Islam. Baginda menyatakan, kita tidak boleh membiarkan sebarang bentuk fahaman dan perbuatan songsang tersebar di kalangan masyarakat. Setiap individu muslim memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah bagi memurnikan akidah Isalm dan menghapuskan gejala-gejala munkar di kalangan umat Islam.Baginda kesal semenjak perang salib terjadi pergaduhan sesama umat Islam, saling mencurigai dan tuduh menuduh dan mudah dilaga-lagakan termasuklah kerana permasalahan khilafiyyah.Baginda menyeru  umat Islam yang berbeza pendapat dan fahaman politik harus berpegang pada kiblat yang satu ini, betapa Islam mementingkan penyatuan dan menerima orang Islam sebagai saudara.“Perkara wajib dilakukan bagi mengekalkan kuasa dan kedaulatan Melayu Islam, bukan sahaja setakat kuasa politik tetapi juga untuk membina keupayaan ekonomi dan pendidikan,” titahnya.Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Paduka Rasli Basir dan Mufti Negeri Kedah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad.Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini pernah diperalatkan oleh pihak Wahabi untuk melancarkan buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” yang sekaligus mencetuskan perpecahan di kalangan umat Islam. Antara pembohongan buku tersebut ialah melawat As-Sayid Dildar Ali yang meninggal pada tahun 1235 Hijrah sedangkan penulis tersebut lahir pada tahun 1343 Hijrah.